SET SERI PENGANTIN (RM 135)

 






* JADIKAN HARI BAHAGIA ANDA PENUH BERMAKNA DENGAN SET SERIPENGANTIN MUNA ASY SYIFA'
* LAKUKAN SENDIRI DI RUMAH
* MENJIMATKAN MASA, WANG.
* MURAH
* PEMAKAIAN BERULANG KALI.
* KEPUASAN.
* JADILAH PENGANTIN SETIAP MASA.

MENGANDUNGI RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI KHUSUS UNTUK MEREKA YANG BAKAL MENJADI RAJA SEHARI.

1. WAJAH
~ SET PEMULIHAN WAJAH
~ SCRUB WAJAH

2. BADAN
~ SET MANDI LULUR
~ MINYAK TERAPI SERBAGUNA
~ SCRUB MANDI LULUR
~ DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA

3. DALAMAN.
~ SIHAT WANITA

CARA PENGGUNAAN:-
• Urut badan terlebih dahulu dengan minyak terapi
• Bancuh dan sapukan scrub mandi lulur pada seluruh badan secara menyeluruh
• Gunakan air rebusan (suam) dedaun herba mandian sauna sepanjang proses melulur untuk mandi.

HARGA ISTIMEWA PAKEJ:-
COLLECT SENDIRI : RM135 (1 SET)
POS LAJU : +RM10
(W.M) / +RM15 (E.M)

*HARGA BIASA: RM142 (Jimat RM7)




JAMU PERIUK (RM 20)





KHASIAT:-

Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang inginkan kesegaran bagi memulihkan tubuh badan yang kelesuan, melancarkan perjalanan darah, sakit badan dan masalah angin. Meningkatkan stamina zahir dan batin melalui minuman lebih 19 herba terpilih
. Lebih Berkhasiat dan sedap dengan madu.


CARA PENGGUNAAN:-

Ambil semua Jamu periuk. Cuci bersih dan tapis. Rebus dengan air secukupnya, mengikut citarasa. Anggaran 3-4 gelas air. Baki air boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk ketahanan.


BAHAN-BAHAN:-
Jerangau,Kunyit, Halia, Manjakani, Cekur, Akar Kayu Angin, Supranto,Kedawung, Akar Kayu Lilit, Kayu Angin, Temulawak, Kayu Manis, Lengkuas, Cabai, Jintan Hitam, Jintan Manis, Lada Hitam, Daun Sirih, Daun Pudina DLL.


HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM20
POS LAJU : +RM6 (W.M) / RM8 (E.M)



PENCUCI INTIM WANITA (RM 20)




Align Center
PENCUCI INTIM- PEMBERSIH KHAS UNTUK WANITA

Rumusan istimewa daripada SIRIH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

KHASIAT:-

* Dalaman yang sentiasa muda.
* Mengetat dan mengecutkan rahim.
* Meningkatkan rangsangan bersama suami.
* Memberikan kepuasan kepada pasangan.
* Mengeratkan hubungan suami isteri.
* Memudahkan kepuasan untuk para isteri
* Menghilangkan keputihan, lendir.
* Memulihkan luka-luka dalam vagina.
* Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
* Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.
* Dirumus khas untuk memberi keselesaan kepada intim wanita.
* Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
* Mengawal keputihan dan lendir berlebihan.
* Melancarkan perjalanan haid
* Penyubur kandungan wanita
* Mengecut dan merawat kembali vagina
* Untuk semua peringkat usia wanita khasnya si dara yang tidak boleh menggunakan Tongkat Azimat.
* Menghilangkan kegatalan vagina kerana darah kotor dll.

BAHAN-BAHAN:-
Manjakani, Kayu Serapat, Asam Keping, Daun Sirih

CARA PENGGUNAAN:-
Ambil sebiji.. Siram dan rendam dengan air panas. Campurkan dengan air suam. Cuci bersih. Tidak perlu bilas. Sebiji pencuci boleh digunakan berulangkali sehinggalah warna air rendaman itu kelihatan tidak pekat lagi (Simpan di dalam peti sejuk untuk rendaman berikutnya untuk memastikan ia tidak rosak).
_______________________________________________________________

Kelebihan Herba :

Sirih (Piper betel)

1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.

2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.

3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.

Manjakani (Croton caudatum)

1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.

2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.

3. Menstabilkan pH vagina.

4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.

5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)

1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina


Dengan sekali penggunaan anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!



HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM20 (7 BIJI)
POS LAJU : +RM6 (W.M) / RM8 (E.M)


SET KESUBURAN WANITA (RM110)




Set:
1. Pil Kesuburan Wanita
2. Kacip Fatimah Manjakani
3. Tongkat Azimat
4. Daun Herba Sauna.

KHASIAT:-
* Membersih dan menyuburkan rahim.
* Menguatkan rahim dan mengukuhkan kandungan.
* Membantu menguatkan sperma lelaki untuk bercampur dengan benih perempuan.
* Mengawal keputihan.
* Mengetat dan mengecutkan rahim.
* Memberikan kepuasan kepada pasangan.
* Mengawal senggugut.
* Mengatur peredaran haid yang tidak menentu.
* Mengelakkan rengat-sakit diperanakan selepas bersalin.
* Menghilangkan keputihan, lendir.
* Mengelak kegatalan vagina yang tidak menyelesakan.
* Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
* Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.
* Membuang angin dalam badan.
* Menghilangkan sebu-sebu dan senak perut yang tidak selesa
* Menetapkan kedudukan rahim pada tempatnya.
* Menghilangkan sakit-sakit badan

BAHAN-BAHAN:-
PIL KESUBURAN
Ibu Kunyit, Jerangau, Bonglai, Halia, Cekur, Tepung Beras, Gula Merah, Asam Jawa.

KACIP FATIMAH MANJAKANI (telah dijelaskan, rujuk produk)

TONGKAT AZIMAT (telah dijelaskan, rujuk produk)

DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA
Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci.

KHASIAT:-
Daun yang telah melaui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan disimpan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Berfungsi seperti daun-daun herba yang segar yang dipetik oleh orang-orang kampong di sekeliling rumah. Digunakan sebagai bahan campuran untuk mandian bagi memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan. Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi.

CARA PENGGUNAAN:
Makan 2 biji PIL KESUBURAN pada waktu pagi sebelum makan dan 2 biji KACIP FATIMAH MANJAKANI sebelum makan pada sebelah petang.

Mandi dengan DEDAUN MANDIAN SAUNA 2 kali sehari pagi dan petang. Ia merupakan proses merawat tubuh badan untuk membuka liang-liang roma sebelum melakukan rawatan. Seperti pengewapan muka sebelum facial muka.
CARA: Ambil 1/3 bahagian daripada bungkusan . Cuci dan didihkan dalam periuk yang mengandungi air pada kadar ¾ periuk. Tapis air tersebut dan campur dengan air biasa sehingga tahap kepanasan yang sesuai dengan citarasa pengguna. Mandi sebagai bilasan terakhir bermula dari bahagian kaki hinggalah ke seluruh anggota badan.

Gunakan TONGKAT AZIMAT sebelum bersama suami dan bila-bila masa diperlukan.
(Cara penggunaan terperinci pada tajuk TONGKAT AZIMAT)


HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM110 (4 ITEM)
POS LAJU : +RM8 (W.M) / RM10 (E.M)


TAPAL PERUT : RM20






KHASIAT:-
Dibuat daripada herba2 yang berangin dan tidak panas. Sesuai untuk semua lapisan usia. Menghindarkan angin dan kembung perut bagi bayi/ orang dewasa. Juga sebu-sebu dan senak perut yang tidak selesa. Mengecut/ mengempiskan perut yang buncit. Bertindak sebagai bahan lulur untuk membuang sel-sel kulit mati di perut khususnya selepas bersalin.

BAHAN-BAHAN:-
Kayu Lilit, Jintan Manis, Pulau Sari, Jerangau, Cekur, Kunyit, Kayu Angin, Kedawung dll.


CARA PENGGUNAAN:-

1-3 biji dibancuh pekat dengan air suam bercampur perahan jus limau nipis. Sapu didepan/ belakang perut. Pakai bengkung dengan kemas bagi orang dewasa yang ingin mengempiskan perut. Bagi bayi pula, pakai barut dengan kemas sebaik sapuan dibuat.

HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM20
POS LAJU : +RM6 (W.M) / +RM8 (E/M)


SERBUK TANGAS (RM 20)





KHASIAT:-
Baik digunakan oleh wanita selepas bersalin, juga pada bila-bila masa diperlukan seperti gatal-gatal atau kulat pada kemaluan.

Dirumus khas bagi mengecutkan luka, mempercepatkan proses penyembuhan luka, mencair dan mengeluarkan darah beku/ kotor, memberikan kesegaran dan memulihkan tenaga secara semulajadi.

Bagi wanita yang bukan dalam pantang pula, ia dapat membantu mengecutkan rahim dan menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Di samping meringan dan menyegarkan badan. Kesihatan luaran seseorang wanita akan terpancar hasil daripada sihatnya dalaman mereka...insya Allah.


CARA PENGGUNAAN:-

PENGGUNAAN DI RUMAH:-

Ambil satu peket Serbuk Tangas. Masukkan ke dalam baldi kecil. Masukkan 1/2 bahagian air panas ke dalam baldi.
Wapkan bahagian yang luka/ atau tidak luka 10-15 minit. Gunakan kain selubung seperti kain batik dan lain-lain untuk menutupi bahagian paras pinggang hingga ke bawah kaki dan baldi untuk memastikan wap terkumpul secara maksima. Boleh digunakan setiap hari.


PENGGUNAAN DI PUSAT / BUTIK KECANTIKAN:-

~ Set ini mengandungi:
1. Tempat duduk tangas
2. Serbuk tangas
3. Kain sarung tangas
*Pengguna boleh bertangas dengan selesa dengan duduk di atas tempat yang disediakan.

~Penggunaan Tangas ini boleh digunakan secara menyeluruh (Tangas Badan) khususnya bagi wanita-wanita selepas bersalin atau yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan dengan menggunakan teknik sauna. Sepeket Serbuk Tangas dituang ke dalam periuk sauna dan bolehlah bertangas seluruh badan.

Penggunaan Tangas kering
Bagi mereka yang lebih suka bertangas cara kering, boleh menaburkan Serbuk Tangas ini ke atas bara arang dan bolehlah bertangas di atas bara itu. Biasanya, badan akan rasa lebih sihat dan ringan.


BAHAN-BAHAN:-

Daun Sirih, Manjakani, Serapat DLL.

HARGA :-
COLLECT SENDIRI : RM20

POS LAJU : + RM6 (W.M) / RM8 (E.M)



MINYAK TERAPI SERBAGUNA (RM 10)





KHASIAT:-
Dirumus khas bagi menghilangkan sengal-sengal badan, angin, sakit urat sendi melancarkan perjalanan darah,hilangkan stress selepas bekerja dan memberi kesegaran tubuh badan melalui teknik urutan sebelum menggunakan Scrub Mandi Lulur dan mandian Dedaun Herba Muna Asy Syifa. Baik untuk mengencangkan alat kelamin lelaki. Boleh digunakan untuk merawat kembung dan sawan tangis bagi bayi. Sesuai untuk semua peringkat usia.


HARGA :-
COLLECT SENDIRI : RM7 (25ml) / RM10 (60ml)
POS LAJU : + RM6 (W.M) / +RM8 (E.M)





TESTIMONI MINYAK TERAPI SERBAGUNA

BEST..BABY X PERNAH KEMBUNG

alhamdulillah.. sy dah bersalin 16hb november.. ni dah nk abis pantang dah.. alhamdulillah dapat baby boy.. minyak terapi tu pun dah nk abis... so far pakai minyak terapi tu.. baby saya tak pernah kembung... mmg bagus minyak tu...
NORMALINI, UKAY PERDANA.



DEMAM URAT TERUK

Kak, ni ada testi terbaru MINYAK TERAPI SERBAGUNA..hari tu, kami balik dr Kedah kenduri kahwin adik, tiba2 badan suami panas sangat dan tak mampu nak gerak sebab suma sakit2..saya ingat mmg dia demam urat la..saya pikir apa nk buat ye..pas tu saya pun amik MINYAK TERAPI tu dan urut satu bdn suami saya..banyak urat berbiji2..pastu apa yang mengkagumkan, sekejap aje dia dah kebah, berpeluh-peluh..dan saya bagi dia mandi air rebusan DAUN HERBA SAUNA..alhamdulillah ,dah sihat..eehh..mmg buat saya sayaaaang sangat dan jatuh hati betul dgn MUNA ASY SYIFA. WAN~KERAMAT.


BADAN SEDAP, BABY PON X KEMBUNG..
Saya ada beli set bersalin besar haritu.... sekarang ni dah masuk seminggu berpantang, tetapi minyak terapi serbaguna dah nak habis, saya suka sangat dengan minyak tu, badan rasa sedap selepas diurut dgn nya. Baby pun alhamdulillah so far takde masalah kembung perut. syirin, usj.


SAKIT PINGGANG LEGA...
salam kak.... stkt ni baru pakai minyak terapi tu... sapu kat blkg telinga n leher kan kak?? kalu lenguh2 pinggang lepas kemas umah sya sapu minyak tu... alhamdulillah rasa lega sikit wpun minyak ni x panas.... tapi yg pencuci wanita tu asik lupa jek nak rendam dlm air panas wahahahahhaa.... esok kena ingat nak rendam ni..... :D :D :D :D :D :D -Hantamal, KL


SAPU KAT TEMPAT SAKIT TERUS HILANG SAKIT
minyak n scrub dah smpi td. trus guna scrub tu & hasilnya mmg bagus!!!
slalunya lps cuci muka xsmpi 10 minit dah berminyak, tp lps guna scrub ni muka xberminyak laa...dah sejam lebih dah ni. best la scrub nih. muka rasa lembut, lembap jerrr...
minyak tu pun ok, try sapu kt tgn yg sakit tu kejap jer dah kurang sakitnya... nanti boleh la oder lagiii!!! :D -Amizo,KL


AJAIB, SAKIT BELAKANG HILANG SEKELIP MATA
"Saya wanita bekerja. Sering letih dan sakit-sakit badan. Saya mengalami sakit belakang berpanjangan selama 3 hari berturut-turut dan tidak sempat untuk mengurut. Walaubagaimanpun, sakit itu hilang sebaik sahaja saya sempat menyapu MINYAK TERAPI SERBAGUNA walaupun dalam keadaan cepat untuk ke tempat kerja. Sejak itu, saya terus menggunakan minyak itu untuk kegunaan harian saya"
-Pn. Shaz. K.L

MELEGAKAN SAWAN TANGIS BAYI
“Anak saya sering menangis dan menjerit tanpa henti. Orang kata kena ‘sawan tangis’. Saya sering keletihan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan sehingga timbul urat-urat biru dikepalanya kerana kekerapan menangis. Setelah saya menyapu dan mengurut seluruh badannya dengan MINYAK TERAPI SERBAGUNA ini, dengan izin Allah, dia kelihatan tenang dan tidak menangis lagi hingga ke hari ini”
--Pn. Midah, Rawang.


TANGGAL PUSAT 4 HARI

“Anak saya telah tanggal pusat pada hari keempat kelahirannya. Saya amalkan menyapu MINYAK TERAPI SERBAGUNA pada pusatnya setiap hari”
--Pn. Hamidah.Labuan, Sabah.


HILANGKAN STRESS, BARAN

“Saya sering naik angin dan mudah baran, tetapi sejak saya menggunakan MINYAK TERAPI SERBAGUNA sebagai bahan urutan pada tubuh saya, saya dapat rasakan perubahan pada diri saya yang cepat mengawal emosi dan lebih tenang…”
--Za, USJ.


KULIT GEBU, HALUS
"Sejak saya menggunakan MINYAK TERAPI SERBAGUNA untuk mengurut badan saya sebelum proses mandi lulur, kulit saya bertambah gebu dan halus dan badan saya terasa lebih segar dan ringan.”
--Sal, Cheras.


KAWAL EMOSI, HILANGKAN BARAN, TAMBAH KASIH SAYANG
"Sejak saya menggunakan MINYAK TERAPI SERBAGUNA untuk mengurut badan suami saya yang sering keletihan, sikap barannya telah berkurangan...malah kini kasih-sayangnya untuk saya semakin bertambah...
-Nani, K.L


PERANAKAN TURUN
"Saya sering menghadapi peranakan turun jika saya banyak membuat kerja-kerja rumah. Peranakan yang turun sering membuatkan bahagian bawah perut saya terasa senak, sakit dan tidak selesa. Sesuatu diluar dugaan berlaku apabila saya hanya sempat menyapu bahagian bawah perut dengan MINYAK TERAPI SERBAGUNA untuk ke tempat kerja. Walaupun saya tidak sempat untuk mengurutnya, saya dapati masalah yang saya tanggung beberapa hari telah hilang secara tiba-tiba. Alhamdulillah, sejak itu saya mengamalkan penggunaan minyak itu pada bila-bila masa diperlukan"
-Pn. Izz, K.L


ELAK EJAKULASI PRAMATANG, URUT
"Saya seorang suami yang menghadapi masalah lemah dan ejakulasi pramatang. Walaubagaimanapun, sejak saya amalkan urutan setiap hari pada alat kelamin, saya dapati potensinya semakin bertambah baik dari hari ke sehari"
-Din, K.L


SAKIT-SAKIT BADAN, LETIH, SENGAL
"Saya menggunakan MINYAK TERAPI SERBAGUNA untuk mengurut belakang badan saya yang terasa lenguh, sengal dan sakit akibat mengandungkan anak yang kedua. Apa yang saya dapati ialah ia memberi kesan yang amat baik terhadap masalah yang saya tanggung apatah lagi saya bekerja dan jika ada kelapangan saya membantu suami berniaga. Alhamdulillah...semuanya terkawal "
-Lin, Selayang.


HILANGKAN RUAM PADA BABY
Saya sering sapu MINYAK TERAPI SERBAGUNA ini pada bayi saya terutamanya di seluruh badan dan celah-celah pelipat seperti ketiak, belakang lutut, siku dan leher. Saya dapati ruam-ruam yang ada sudah tiada lagi...
--Husna, Keramat


BABY TAK KEMBUNG...
"Sejak saya gunakan Minyak Terapi Serbaguna ni...alhamdulillah, masalah kembung dan menangis baby saya tidak ada lagi sekarang. Nampak dia semakin nyenyak tidurnya...saya betul2 berpuashati dengan Minyak ini & cadangkan penggunaannya kepada sesiapa yang ada baby. Sekarang saya pun dah mula nak jadi pengedar sebab puas hati sesangat.."
--Mai, Keramat.


HILANG LENGUH DAN SAKIT2 BADAN SEMASA MENGANDUNG...

"Badan saya dan kaki sering sakit dan lenguh2 sewaktu mengandung. Tapi bila saya sapu dengan Minyak Terapi ni...alhamdulillah, terasa selesa dan badan lebih ringan.."
--Nilam, KL


UBAT TERSELIUH DAN MASUK ANGIN

"Saya dah guna Minyak Terapi ni...memang best, puas hati. Anak saya yang berumur 9 bln terseliuh di kakinya..dah sebulan dan org kata dah masuk angin. Alhamdulillah, memang banyak perubahan padanya.
--Pn. Rubiah, Lenggong, Perak.


MASALAH SAWAN TANGIS SELESAI..
"Anak saya berusia 1 thn 9 bln, selalu meragam, menangis dan menjerit x henti2. Bila saya amalkan sapu Minyak Terapi ni kat dada dan belakang telinganya, ragamnya semakin reda. Kini usianya dah 2 tahun...alhamdulillah, dia x meragam lagi"
--Hidayah, N. Sembilan.


HILANGKAN SAKIT, LENGUH TANGAN KRN BYK BUAT KEJE

"Kak byk buat keje sgt hr tu...tak henti2 seharian bersihkan dalam dan luar kawasan rumah mak, sudahnya letih teramat dan tangan kiri dari bahu ke bawah sakit sangat bercampur lenguh. tak boleh tidur dibuatnya..kak pun capai Minyak Terapi yang memang dah sedia ada kt tempat baring kak. Kak sapu dan urut dan bawa tidur. alhamdulillah, dgn izin Allah elok pulak pagi tu"
--Pn. Norisah, Dengkil.


TONGKAT AZIMAT (RM 35)


SEMARAKKAN KASIH SAYANG ANDA BERSAMA SI DIA....


**Amat digalakkan khususnya utk merangsang semula hubungan suami isteri yang semakin pudar. Rasailah kehebatannya..dah cuba baru tau..tak rugi..cuma RM35 tapi cukup buat suami tersenyum panjang

**Boleh digunakan bila2 masa mengikut keperluan..utk keputihan, sblm bersama suami dll...

KHASIAT:-
* Mengembalikan pengalaman malam pertama.
* Membantu meningkatkan rangsangan dan kualiti ketika bersama.
* Mengeratkan hubungan suami isteri.
* Membersihkan organ dalaman vagina.
* Mengeluarkan keputihan, lendir berlebihan.
* Menghilangkan kegatalan vagina kerana darah kotor dll.
* Mengetatkan rahim.
* Dalaman yang sentiasa muda.
* Mengetat dan mengecutkan rahim.
* Meningkatkan rangsangan bersama suami.
* Memberikan kepuasan kepada pasangan.
* Mengeratkan hubungan suami isteri.
* Memudahkan kepuasan untuk para isteri
* Menghilangkan keputihan, lendir.
* Mengelak kegatalan vagina yang tidak menyelesakan.
* Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim.
* Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina.

BAHAN-BAHAN:-
Manjakani, Kulit Manis, Serapat.

CARA PENGGUNAAN:-
Basahkan Tongkat Azimat. Masukkan sebahagian tongkat ke dalam vagina beberapa minit sebelum bersama suami dalam beberapa minit. Pusingkan jika boleh untuk membantu proses pembersihan.

Keluarkan. Cuci tongkat, lap dan keringkan* dalam suhu bilik dan simpan untuk digunakan semula pada sesi yang lain.

* Jangan jemur. Perubahan suhu lembab dan panas mendadak boleh merosakkan Tongkat Azimat (merekah)

* Penyimpanan (semasa lembab):
Setelah dicuci dan dilap dengan tuala bersih, letakkan di dalam bekas (seperti gelas) di tempat tinggi supaya selamat. Pastikan peredaran udara yang baik (tepi tingkap) tapi tidak terkena sinaran cahaya matahari secara langsung. Jangan tutup dengan sebarang kain atau penutup. Biarkan ia terkena udara dan kering secara semulajadi. (menutup Tongkat Azimat dlm keadaan lembab akan merosakkan Tongkat Azimat (berkulat). Perlu diingatkan, Tongkat Azimat adalah 100% herba dan tidak ada bahan awet. Penjagaan sempurna amat penting untuk memastikan ketahanan jangka panjang.

* Setelah kering : Bungkus dan simpan.

* Tempat menggunakan:
1. Bilik air~amat sesuai kerana memudahkan kerja2 pembersihan. Posisi duduk di atas kerusi kecil (biasa ada dalam bilik air untuk membasuh dll) amat membantu. Angkat sedikit kaki agar rongga vagina terbuka. Mencangkung~rongga tertutup.

2.Bilik tidur~Posisi baring dan kedua lutut berada diatas dada.

SELAMAT MENCUBA.


HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM35 SEBATANG.
POS LAJU : RM35 + POS RM6 (W.M) / RM8 (E.M) SEBATANG.


BENGKUNG SERI RAMPING (RM 55)






CIRI-CIRI / KEISTIMEWAAN:
* Diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai.
* Pemakaian bengkung membantu menjaga kedudukan organ dalaman wanita semasa melakukan pergerakan dan aktiviti berat
* Menjaga postur tubuh, membetulkan tulang belakang, memulihkan pembentukkan pinggul dan tulang pelvik.
* Sesuai dipakai bila-bila masa.
* Ukur lilit bengkung telah direka untukukuran pinggang sehingga 40 inci.
* Menegangkan kembali otot-otot perut.
* Membantu mengawal selera maka.

KAEDAH PENGGUNAAN:-
* Sapukan minyak Tapal Perut Muna Asy Syifa yang bercampur dengan air perahan asam jawa/limau nipis ke bahagian perut, pinggang dan pinggul selepas urutan.

* Bengkung diletak mengelilingi kawasan perut dan diikat dengan kejap bermula dari bahagian bawah ke atas.

* Dinasihatkan memakai bengkung selama 44 hari sehingga 100 hari.

* Bagi yang menjalani pembedahan, bengkung digunakan hanya setelah sembuh dari kesan pembedahan.

* Cuci bengkung sebelum digunakan.

* Cara pemakaian bengkung ada disertakan pada produk.

1. Jahitan Lipatan Pinggang (klim).
- Memastikan keselesaan maksima kepada pengguna, tidak longgar, kejap, lekat dan kemas khususnya di bahagian pinggang.

2. Tali Pengikat Kekal.
-
Dijahit mengikut susunan yang rapi pada kedua-dua belah bahagian (kiri dan kanan) untuk memudahkan ikatan dan pemakaian.
-Tali yang panjang untuk mengikat sesuai dengan keperluan penggunaan.
3. Saiz.
Mempunyai pelekat saiz menepati kehendak pengguna.
S = 30 ~ 36
M = 37 ~ 40
L = 41 ~ 45
XL = 46 ~ 55
** Saiz diukur mengikut ukuran lilit punggung . Dinasihatkan untuk memilih saiz seminima mungkin untuk memastikan keselesaan maksima kepada pengguna.

PETUA MEMAKAI BENGKUNG:
Dengan berbaring semasa proses pemakaian bengkung akan memberi keselesaan dan kesan maksima, kerana kedudukan perut yang rata semasa proses pemakaian.

HARGA:-
COLLECT SENDIRI : RM55
POS LAJU : RM 55 + POS RM6 (W.M) / RM8 (E.M)

DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA (RM 25)


SAIZ: 12X18
BERAT: 400G

Jom Segar-segarkan diri anda...


KHASIAT:-

Daun yang telah melaui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan disimpan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Berfungsi seperti daun-daun herba yang segar yang dipetik oleh orang-orang kampung di sekeliling rumah.

Digunakan sebagai bahan campuran untuk mandian bagi
* memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan,
* memulihkan tenaga kerana stress, membuang angin dalam badan,
* menyegarkan urat saraf, menghilangkan bau badan,
* hilangkan sengal dan kebas otot bila2 masa atau sewaktu dalam pantang

* KEISTIMEWAAN:-
Dibungkus dalam pek besar 400g dengan tujuan memberikan pilihan bagi pengguna untuk menggunakannya mengikut kuantiti yang dikehendaki, beberapa kali penggunaan (boleh diulang rebusan sehingga hilang bau, warna)


Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi. Boleh menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna).


DI ANTARA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:-
Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci.



CARA PENGGUNAAN:-
Ambil 1/4 bahagian daripada bungkusan. Cuci dan didihkan dalam periuk yang mengandungi air pada kadar 3/4 periuk. Tapis air tersebut dan campur dengan air biasa sehingga mencapai tahap kepanasan yang sesuai mengikut citarasa pengguna. Mandi bermula dari bahagian kaki hinggalah ke seluruh anggota badan.


Penggunaan Dedaun Herba ini boleh digunakan dengan 2 cara:

1. Rebusan
(Seperti diterangkan di atas).
Bagi Butik Kecantikan, boleh menggunakan air rebusan ini sebagai air mandian dalam bathtub dicampur dengan beberapa jenis bunga semasa berendam.

2. Pengewapan (Sauna)

Daun dimasukkan ke dalam periuk sauna (secekak) dan bolehlah bersauna mengikut keperluan yang dikehendaki.

HARGA : RM25 + POS RM6 (W.M) / RM8 (E.M)


TUNGKU HERBA - IBU DAN ANAK (RM 80)



Anggaran saiz:
Tungku ibu (Selebar genggaman buka tangan dewasa)
Tungku anak (segenggam tangan dewasa)

IBU-600g

Dirumus daripada akar kayu dan herba terpilih. Khasiatnya yang baik untuk mengempiskan perut selepas bersalin, mencairkan ketulan darah, membuang angin dalam perut dan mengecutkan rahim serta membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan cepat.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, baik untuk mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor dan menghindar sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.

Baik untuk semua golongan yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal masalah bisa, ngilu, sejuk dan angin dalam badan.

ANAK-100g
Dirumus daripada akar kayu dan herba terpilih. Khasiatnya yang baik untuk mengelakkan perut kembung bagi bayi. Juga boleh dituam pada kemaluan bayi untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.


2 CARA PENGGUNAAN:-


A. PENGGUNAAN UTK 1 SESI BERSALIN-KUKUS / STEAM
Cara ini biasanya digunakan oleh pengguna yang ingin mencapai kepuasan bertungku. Dengan cara ini, kepuasan maksima dapat dicapai.
Caranya: Kukus tungku ibu lebih kurang 15-20 minit. Jangka lama masa bergantung kepada alat pengukus dan saiz api yang digunakan. Jika telah mendapat kepanasan yg dikehendaki boleh lah mula bertungku. Tungku anak tidak perlu dikukus, memadai dengan memanaskannya pada seterika/ api lilin. Jemur setelah digunakan.

B. PENGGUNAAN UTK LEBIH DARIPADA 1 SESI BERSALIN
Panaskan tungku herba dengan lekatkannya pada seterika panas. Apabila cukup panas tuam pada bahagian perut ibu, anak atau kemaluannya. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang dan boleh digunakan semula pada tahun-tahun berikutnya.

HARGA : RM80 + POS RM8 (W.M) / RM10 (E.M) 1 SET.


MINYAK LINTAH HERBA (RM 25)




PRODUK TERBARU KINI DI PASARAN!!!

KEISTIMEWAAN
Paduan istimewa bukan sahaja daripada lintah, tetapi belasan herba terpilih. Minyak lintah yang dihasilkan dengan kombinasi dua khasiat utama semulajadi iaitu lintah dan belasan jenis herba dengan tujuan mendapatkan impak maksima untuk mengatasi masalah zahir dan batin. Dimasak berhari-hari denga api yang perlahan untuk mendapatkan pati dan sebatian lintah dan herba asli.

KHASIAT:-
Mempercepatkan penyembuhan luka, kudis buta, gatal-gatal, menghentikan pendarahan dan mengatasi masalah seksual lelaki.

BAHAN-BAHAN:-
Lintah, jerangau, cekur, bawang putih, kedawong, lada pintal, akar kayu angin, jintan putih, jintan manis, supranto, daun sirih DLL.

CARA PENGUNAAN:-
Utk masalah kulit sapukan pada bahagian yang bermasalah. Untuk masalah seksual lakukan sapuan Minyak Lintah Herba dengan urutan perlahan.

HARGA : RM25 (60ML)



TESTIMONI MINYAK LINTAH HERBA

DAGING TEPI KUKU TERSIAT..BENGKAK, BASAH..TERUS KERING
Sy telah tersiat daging kaki di tepi kuku ibu jari kaki..tak pasal2..luka menjadi2..basah dan membengkak sampai 2 minggu..nk pakai kasut pun seksa..puas la bubuh mcm2 ubat..minyak gamat, minyak sawda yang ada..tapi x kering2..tp bila cuba minyak lintah herba ni..1 hari je dah kering dan mengecut...dan terus tak sakit..dan sembuh..alhamdulillah.. ~Za, KL


MACAM PKI BOTOX LA PULAK..
Saya mmg biasa buat rawatan terapi lintah kat muka..bila saya dpt Minyak Lintah Herba ni pun saya sapulah kt muka ni ala-ala pakai night cream sebelum tidur..bila saya amalkan selalu.. kulit muka saya tegang, halus dan cantik..x sangka pulak.. Marfuah, Johor Bharu.


KUKU CENGKAM TERSELAMAT DRPD DICABUT OLEH DOKTOR
Kak bersyukur banyak2..hr tu pegi jumpa Dr kuku kak ni nk kena cabut sbb dah teruk..x boleh diselamatkan..kak risau sangat. Abis tu..kak ikhtiarkan siram Minyak Lintah Herba kat tempat yang bengkak tu, memang tak sangka..terus kecut dan kering, alhamdulillah...dan terus baik sampai sekarang.. Marfuah, JB


LUKA KHATAN BERNANAH, BENGKAK..PULIH DLM MASA 1 MALAM
Anak saya Amirul, mmg berisi badannya dibandingkan dgn rakan2 yang lain..bila berkhatan ni, masalahnya ialah luka khatannya tidak sembuh2, masih bengkak, sakit dan bernanah berbanding rakan2nya yang dah lama sembuh..bila saya dapat Minyak Lintah Herba ni saya pun tuang/sapu pd luka tu malam sebelum tidur..apa yg mengejutkan, pagi esoknya luka dia dah kering dan bengkak pun dah kecut..syukurlah, kawan2 yang dapat tau terus order 5 botol Minyak Lintah Herba ni.. Ibu Amirul, Johor Bharu.


BENGKAK SURUT..
Kepala saya bengkak dek penangan lembu2 hari tu masa nk buat korban..lama jugak x surut2..tapi bila sapu dengan Minyak Lintah Herba ni..nampak alhamdulillah ..cepat kesannya.. Mat Asripin, Rawang.



SABUN SERBAGUNA (RM 15)


AKAN DATANG DI PASARAN...nantikan keluarannyaPRODUK TERBARU KINI DI PASARAN!!!

KHASIAT:-
Sesuai untuk mengatasi masalah kelemumur, gatal, jerawat dikepala, kerak kepala bayi, migrain. Digunakan seperti syampu.Juga untuk kudis dan gatal seluruh badan, cagu ditepi kuku, daki hitam di sekitar leher dan celah kelangkang kaki, menghilangkan bau badan. Memberikan kesegaran pada seluruh badan selepas mandi.

BAHAN:-
Madu asli, minyak kelapa, asam jawa, pembeku sabun DLL.

HARGA : RM15 (unit)


TESTIMONI SABUN SERBAGUNA

JATUH CINTA DENGAN SABUN SERBAGUNA
S
aya dah jatuh cinta dgn sabun serbaguna ni...berapa minimum order utk dapat harga borong/pengedar ek?
Dah guna 1..cepat je habis..huhuhu..best je rasa guna..tatau nak describe
lulur wajah tgh guna..sgt efektif kurangkan minyak kat muka..
Guna kat badan...rasa segar + tak melekit mcm sabun lain..ingat pas ni nak try guna kat kepala...ok utk kelemumur eh?
FAZIANA, SEREMBAN.


HILANG GATAL2 DI MUKA
Seronoklah pakai sabun tu..muka x gatal sbb resdung..
Husna KL


SELESAIKAN MASALAH KULIT MUKA
Anak akak serasi la dgn sabun ni..ubat2 dari pakar kulit dan lain2 krim pon x serasi..nampak reduce la kasar2 kat muka dia..
Sally,KL


HILANG TOMPOKAN GATAL2 DI TANGAN..
Saya pakai sabun ni..hilangla gatal2 kat tangan ni..kalau tak selalu merenyam je dan skrg ia nmpk kering dan selesa..
Mai, Along, KL




SET LENGKAP BERSALIN (9 ITEM) = SET BESAR RM190, KECIL RM140





SET BESAR=RM190



SET KECIL=RM140

* PERCUMA : Kotak Lampin Serbaguna bernilai RM20 bagi setiap pembelian set.

**Pengakuan terkini pengguna di sms:
"Best sbb sblm ini 2 anak saya pakai Lxxxx dan Sxxxxxx Txxxxx (Jenama terkenal di pasaran) dan anak ketiga baru pakai Set Bersalin Muna Asy Syifa ni..barulah badan rasa lega, murah dan berbaloi..." Aneera, Putrajaya.
Beliau baru habis pantang dan menempah Set Bersalin lagi untuk rakannya..


PROMOSI BELIAN PAKEJ:

1.Set Lengkap Bersalin (Kecil) + Tungku Herba +
Tangas @ Pencuci intim @ Jamu Periuk
HARGA PROMOSI : RM 230
Asal RM240



2. Set Lengkap Bersalin (Besar)+ Tungku Herba +
Tangas @ Pencuci Intim
@ Jamu Periuk
HARGA PROMOSI : RM280
Asal RM270


3. Set Lengkap Bersalin (Besar)+ Tungku Herba + Bengkung
HARGA PROMOSI : RM315
Asal RM325


4. Set Lengkap Bersalin (Kecil)+ Tungku Herba + Bengkung
HARGA PROMOSI : RM265
Asal RM275


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SET LENGKAP BERSALIN (BESAR / KECIL)-9 Produk Keperluan Asas

**Set Lengkap Bersalin kecil dan besar mengandungi 9 produk asas keperluan wanita berpantang.

**Boleh tambah produk lain mengikut citarasa: Tangas/Tungku Herba/ Pencuci Intim Wanita/Bengkung Seri Ramping/ Jamu Periuk dll.

**Beza antara Set besar dan Set kecil?
1.Set besar dan kecil ada 9 item, cuma set kecil kuantitinya kurang sedikit daripada set besar.
Contoh: Sihat Wanita 2 botol dlm Set besar/ 1 botol dlm Set kecil.

2. Set besar bagi yang nak pakai heavy dalam pantang cukup hingga 44 hari

3. Set kecil disediakan bagi yang kurang pakai sewaktu pantang..cukup untuk penggunaan 2-3 minggu..ikut penggunaannya.

Penggunaan intensif semasa berpantang dapat membantu memulih dan mengembalikan kelangsingan seperti sediakala.



Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set Lengkap Bersalin mengandungi:-
Minyak Terapi Serbaguna (Ibu & Anak~tidak panas)


Kacip Fatimah Manjakani (Pengecutan/Penyembuhan luka dalaman)


Sapu/Kecut Luka (Serbuk Manjakani)


Tapal Perut (Mengecutkan/ Mengempiskan Perut)


Serbuk Pilis (Cegah pening/ masalah mata selepas bersalin)


Sihat Wanita (Melancarkan darah/keluarkan darah kotor, beku/memperbaiki sistem badan/buang angin)


Daun Herba Mandian Sauna (Memulihkan tenaga luaran/kesegaran semulajadi)


Bedak Sejuk (Memulihkan / Menyerikan kulit)


Bedak Panas (Param Badan / Elak Masuk Angin / Sejuk / Lulur Kulit)


________________________________________________________

1. DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA
~ SILA RUJUK LAMAN INI ~


2. UBAT SAPU UNTUK KECUT LUKA

KHASIAT:-
Dirumus khas untuk mempercepatkan penyembuhan/ pengecutan luka selepas bersalin.

Bahan-bahan:-
Serbuk manjakani

Cara:
Ambil secubit. Letak atas tapak tangan.Titiskan air. Sapukan pada luka yang telah dicuci.


3. SIHAT WANITA
~ SILA RUJUK LAMAN INI ~


4. KACIP FATIMAH MANJAKANI
~ SILA RUJUK LAMAN INI ~


5. TAPAL PERUT
~ SILA RUJUK LAMAN INI ~


6. BEDAK PANAS (PARAM)


KHASIAT:-
Istimewa untuk wanita bersalin, juga yang sakit sendi dan anggota badan. Memanaskan badan dan membantu menghindarkan angin masuk ke badan. Digunakan selepas berurut badan sepanjang waktu berpantang. Membuang angin. Bahan lulur untuk membuang sel-sel kulit mati yang mengecut. Menghaluskan kulit.

BAHAN-BAHAN:-
Kunyit, Cekur, Halia, Lada Putih / Hitam, Pulau Sari, Jintan Manis, Jerangau

CARA PENGGUNAAN:-
Ambil 5-6 biji param. Bancuh pekat dengan air suam. Sapu seluruh anggota badan.


7. BEDAK SEJUK

KHASIAT:-
Adunan asli turun-temurun daripada 11 jenis herba dan rempah ratus terpilih. Dapat menyejukkan dan menyegarkan muka dan badan, Menghilangkan bulu roma bayi dan baik untuk rawatan kulit muka, khususnya kulit berminyak. Untuk anak dan semua peringkat usia.


BAHAN-BAHAN:-
Jintan Manis, Adas Pulau Sari, Ganti, Mesoyi, Halba, Jerangau, Larastu, Kelembak.

CARA PENGGUNAAN:-
Bancuh dengan air. Sapu pada muka dan anggota badan bayi dan juga orang dewasa.


8. PILIS

KHASIAT:-

Menyembuhkan pening, kabur mata, mata tidak selesa dan pitam selepas bersalin. Nyaman pada mata.

BAHAN-BAHAN:-
Lada Ekor, Supranto, Halia, Jintan Manis, Pulau Sari, Kunyit, Lada Putih / Hitam, Cucur Atap, Daun Turi / Pucuk Getik

CARA PENGGUNAAN:-
Ambil satu sudu serbuk pilis. Bancuh dengan air suam yang dicampur dengan air asam jawa / perahan jus limau nipis sehingga pekat seperti inai. Lekatkan di sekeliling dahi di atas mata. Balut dengan kain. Gunakan sehingga kering. Amalkan pagi dan malam.


9. MINYAK TERAPI SERBAGUNA
~ SILA RUJUK LAMAN INI ~



KETERANGAN & CARA PENGGUNAAN SETIAP PRODUK (penggunaan ikut turutan nombor)

1. URUT-MINYAK TERAPI SERBAGUNA MUNA ASY SYIFA’ (IBU DAN ANAK)

Menghilangkan sengal-sengal badan, angin, sakit urat sendi, lenguh-lenguh dan memberi kesegaran tubuh badan melalui teknik urutan sebelum menggunakan Scrub Mandi Lulur dan mandian Dedaun Herba Muna Asy Syifa. Baik untuk mengencangkan alat kelamin lelaki. Mengelakkan kembung perut, sawan tangis bagi bayi. Sesuai untuk semua peringkat usia. Tidak panas.

2. MAKAN-. KACIP FATIMAH MANJAKANI MUNA ASY SYIFA’-boleh terus makan slps bersalin
-
Adunan asli turun temurun daripada akar kayu dan rempah ratus terpilih Untuk kebahagiaan rumahtangga zahir dan batin. Dalaman yang sentiasa muda. Mengetat dan mengecutkan rahim . Menghilangkan keputihan, lendir. Kegatalan vagina yang tidak menyelesakan. Menguatkan/ mengecutkan urat saraf rahim. Menyeimbangkan semula kelembapan vagina. Menghilangkan sebu-sebu , senak perut, angin yang tidak selesa
CARA: 2 biji 2 kali sehari sebelum makan.

3. MAKAN-SIHAT WANITA MUNA ASY SYIFA’-tunggu hingga bayi bebas dari kuning/ seminggu
Adunan asli turun temurun dari 21 jenis akar kayu dan rempah ratus terpilihMemberi tenaga dan menambah kecergasan. Melancarkan perjalanan darah. Menghilangkan lenguh-lenguh, sakit anggota badan. Memanaskan badan
CARA: 2 biji 2 kali sehari sebelum makan.

4. HERBA MANDIAN SAUNA MUNA ASY SYIFA’
Memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan. Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi.
CARA
: Ambil 1/3 bahagian daripada bungkusan . Cuci dan didihkan dalam periuk yang mengandungi air pada kadar ¾ periuk. Tapis air tersebut dan campur dengan air biasa sehingga tahap kepanasan yang sesuai dengan citarasa pengguna. Mandi sebagai bilasan terakhir bermula dari bahagian kaki hinggalah ke seluruh anggota badan.

5.SAPU/ KECUT LUKA MUNA ASY SYIFA
Dirumus khas untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.
CARA: Ambil secubit. Letak atas tapak tangan. Titiskan air. Sapukan pada luka yang telah dicuci.

6. BEDAK PANAS (PARAM) MUNA ASY SYIFA’-sapu seluruh badan
Adunan asli turun temurun dari akar kayu dan herba terpilih. Istimewa untuk wanitabersalin Memanaskan badan .Digunakan selepas berurut badan sepanjang waktu berpantang . Membuang angina di badan.Juga digunakan sebagai bahan lulur untuk membuang sel kulit-kulit mati yang mengecut di samping menghaluskan kulit.
CARA:
Ambil beberapa biji param.Bancuh pekat dengan air suam. Sapu seluruh anggota badan..

7. TAPAL (BEDAK PERUT) MUNA ASY SYIFA’-setelah sapu, ikat kemas perut dgn Bengkung Seri Ramping
Adunan asli turun temurun dari 11 jenis herba dan akar kayu . Menghindarkan angin dan kembug perut bagi bayi dan orang dewasa. Mengecut dan mengempiskan perut yang buncit di samping bertindak bertidak sebagai bahan lulur untuk membuang sel kulit-kulit mati di perut khususnya selepas bersalin.
CARA
: 1-3 butir di bancuh pekat dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Sapu di bahagian depan dan belakang perut. (Pakai bengkung dengan kemas bagi orang dewasa yang ingin mengecutkan dan mengempiskan perut)

8. BEDAK SEJUK MUNA ASY SYIFA’-pakai ikut keperluan bila2 masa
Adunan asli turun temurun daripada 11 jenis herba dan rempah ratus terpilih.Dapat menyejukkan dan menyegarkan muka dan badan. Menghilangkan bulu roma bayi dan baik untuk rawatan kulit muka, khususnya kulit berminyak.
CARA
: Bancuh dengan air. Sapu pada muka dan anggota badan bayi dan juga orang dewasa.

9. PILIS MUNA ASY SYIFA’-lekatkan di dahi
Dibuat daripada akar kayu dan rempah serta herba terpilih bagi menyembuhkan pening , kabur mata, mata tidak selesa dan pitam selepas bersalin. Nyaman pada mata.
CARA
: Ambil satu sudu serbuk pilis Muna Asy Syifa’. Dibancuh dengan air suam yang dicampur dengan air asam jawa atau perahan jus limau nipis sehingga menjadi pekat seperti inai. Lekatkan di sekeliling dahi di atas mata. Balut dengan kain. Gunakan sehingga kering. Amalkan pagi dan malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...