DEDAUN HERBA MANDIAN SAUNA (RM 25)


SAIZ: 12X18
BERAT: 400G

Jom Segar-segarkan diri anda...


KHASIAT:-

Daun yang telah melaui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan disimpan untuk digunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Berfungsi seperti daun-daun herba yang segar yang dipetik oleh orang-orang kampung di sekeliling rumah.

Digunakan sebagai bahan campuran untuk mandian bagi
* memberi kesegaran, keharuman dan aroma terapi pada tubuh badan yang kelesuan,
* memulihkan tenaga kerana stress, membuang angin dalam badan,
* menyegarkan urat saraf, menghilangkan bau badan,
* hilangkan sengal dan kebas otot bila2 masa atau sewaktu dalam pantang

* KEISTIMEWAAN:-
Dibungkus dalam pek besar 400g dengan tujuan memberikan pilihan bagi pengguna untuk menggunakannya mengikut kuantiti yang dikehendaki, beberapa kali penggunaan (boleh diulang rebusan sehingga hilang bau, warna)


Sesuai untuk semua terutama ibu-ibu yang bersalin bagi mengembalikan kecergasan dan memulihkan tenaga secara semulajadi. Boleh menggunakan teknik air rebusan atau pengewapan (sauna).


DI ANTARA BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN:-
Daun Lempuyang, Daun Jerangau, Daun Lengkuas, Daun Bonglai, Daun Serai Wangi, Daun Serai Biasa, Daun Jambu Batu, Daun Jambu Air, Daun Mengkudu, Daun Inai, Daun Tanduk Rusa, Daun Kunyit, Daun Kunyit Teras, Daun Kantan, Daun Sirih, Daun Halia, Daun Dedap, Pokok Tetulang, Daun Temulawak, Daun Bunga Melur, Daun Limau Purut, Daun Pegaga, Daun Temu Kunci.



CARA PENGGUNAAN:-
Ambil 1/4 bahagian daripada bungkusan. Cuci dan didihkan dalam periuk yang mengandungi air pada kadar 3/4 periuk. Tapis air tersebut dan campur dengan air biasa sehingga mencapai tahap kepanasan yang sesuai mengikut citarasa pengguna. Mandi bermula dari bahagian kaki hinggalah ke seluruh anggota badan.


Penggunaan Dedaun Herba ini boleh digunakan dengan 2 cara:

1. Rebusan
(Seperti diterangkan di atas).
Bagi Butik Kecantikan, boleh menggunakan air rebusan ini sebagai air mandian dalam bathtub dicampur dengan beberapa jenis bunga semasa berendam.

2. Pengewapan (Sauna)

Daun dimasukkan ke dalam periuk sauna (secekak) dan bolehlah bersauna mengikut keperluan yang dikehendaki.

HARGA : RM25 + POS RM6 (W.M) / RM8 (E.M)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hello graphics for hi5 Comments